Saturday 10 March 2012

Suka2

Selamat Petang Semua...

Herm hari tue aku ada wat satu puisi (nak kate puisi macam x, tapi bantailah) khas untuk Si Dia sebagai kenangan...
herm nak tau ape tajuk dia? (Tengok kat Bawah nie):

Sang Pelangi Cinta
Dikau muncul dikala hujan turun
Dikau hilang dikala mentari tiba
Sungguh indah tujuh warnamu
Mewarnai seluruh alam semesta
Keindahanmu membuat aku terpana
Lantas hati berbisik memuji kebesaranNya
Kerna dirimu sungguh mempersona
Yang tiada tolok bandingnya
Tatkala diri ini diseliputi kesuraman
Kau hadir mewarnai diri ini
Dengan warnamu yang sungguh menawan
Mengubati hati dikala sendiri
Kehadiranmu sentiasa ku nantikan
Dikala hujan membasahi bumi
Kerna diriku dapat merasakan
Kaukan hadir menemani ku
Namun ku harus akui
Mungkin tiada harapan untukku temui
Kerna hadirmu yang belum pasti
Datang dan pergi tanpa kusedari
Itulah dia Sang Pelangi Cinta
Walaupun muncul tanpa diduga
Akan ku pahat didasar hati
Sebagai kenangan kekal abadi
Aku bersyukur padaMu Ya Rabbi
Atas kurniaanMu yang tidak ternilai
Sang Pelangi Cinta yang ku dambakan
Bertakhta dihati dikala sepi.

Herm macam mana kawan2... Ok x... 
setelah penat lelah beberapa jam memutarkan segala kata puitis 
dalam otak, akhirnya tula hasilnya..
Orang malam2 sedap2 membuta..
aku lak dok layan perasaan wat benda alah nie... Jiwang juga aku nie
Hehehe...
 (No Komen la.)

Bila tanya pada si dia tentang hasil nurkilan ku:
Si Dia komen:  "Boleh tahan untuk permulaan sebagai seorang penulis."
Perghhh..... Kembang kempis juga la hidung bila Si Dia kate mcm tue...
walau sebenarnya xda bakat langsung dalam bab2 nie... 
Hohohoho..


SALAM PERKENALAN..

Assalamualaikum....

Hai salam perkenalan kepada anda.. 
Hari nie baru '1st time' blajar buat blog.. huhuhu sadiss kan... 
Budak2 sekolah rendah pun kebanyakannya dah ada blog sendiri... 
Kesiannya kat aku, baru je nak wat, almaklum lah xdan (bk kata orang KEDAH). 
Hehehe...

Tapi bila dok tengok kawan banyak dah wat blog, teringin la pulakan...
Mana tau boleh share2 maklumat ka,
bak kate orang " Sharing is Caring"... (Yekew?) 
Laa nie orang dok pakat kongsi info, gosip hangat, n ilmu2 ilmiah 
just guna internet jew, zaman moden lah katekan... macam la nie
 (Segala informasi dihujung jari anda)
Hehehe....

Ehhh jam dah menunjukkan tepat 12.10 minit tengahari...
Perut pun dah berbunyi, so apa lagi selamat menjamu selera ye kengkawan...
I pun dah lapor.... 
Daaaaaa ~