Wednesday 31 October 2012

Moment at JPWP

 Hai Guyss,

Entry hari nie Cik D saja je nak share ngan u alls smua pasal moment Cik D and kawan2 dekat JPWP... Lau u guyss nak tau hari ni merupakan last day Cik D n kengkawan yang bekerja sebagai PSH Pembantu Perangkaan, tapi x termasuk ngan budak lain yang boleh continue lagi keja... 

Sedih la juga hari nie sebab berpisah ngan kawan yang happening mcm dorang.. Entah bila la nk jumpa lagikan.. yekew? InsyaAllah kita jumpa lagi ye kengkawan, mesti rindu ngan celoteh korang setiap hari, lepas nie xda la cite2 menarik dari korang, xdapat breakfast and lunch together, xdapat jalan2 setiap hari jumaat ngan korang.. Huhuhu sedih sobs sobs sobs 

Ucapan terakhir Cik D kat korang, semoga kita jumpa lagi lau dapat continue ek dekat JPWP, lau terserempak kat mana2 jangan lak wat2 x kenal huhuhu, sedih nt I ok.. X lupa juga rajin2 la contact via FB, Twitter,SMS or kol... 

To all Mentor2 yang telah beri tunjuk ajar kami masa menjalankan tanggungjawab yang diberi, terima kasih bebanyak ye, semoga kita berjumpa lagi, pada mentor yang belanja kitaorang makan, terima kasih sesangat, semoga dimurahkan rezeki hendaknya... 

Gambar2 Kenangan:

Muka2 Mentor Kami

Muka2 Mentee


Diy n En Azfar
K.Dila n K. Fadhilah
Liyana n En.Illah
En. Hassmi n Jia with Zila n En. Razif
Kak Fuza n En Ambran
Kak Sue n En. Ismail
Kak Wani without his Mentor En Yusri
Our Memory 2012
Candid Shoot
Us Together






Sunday 21 October 2012

KASIH SEORANG ISTERI


Seorang Isteri bertanya kepada suaminya :
“Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?"

Suaminya memandang muka isteri dan berkata :
”Saat itu belum terjadi lagi.."

Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, 
“Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata :
“Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya
‘Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”


Suaminya lalu berkata lagi:
''Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''.. 

Si isteri menangis tak dapat menahan sebak di dada...
bagai tak disangka... keesokan harinya, si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya..
ketika si suami dalam perjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta..
masih tersimpan di genggamannya nota kecil yang suaminya hadiahkan kepadanya :
''Biar berjauhan asalkan hati tak berubah, dan biar tak jumpa asalkan hati tak lupa''

Seorang isteri menangis menahan sebak di dada, nak mandikan jenazah suami dia,
bapak mertua dgn polis forensik tak bagi.. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. ''jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu''..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal?

Lalu ustaz tu berkata "tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami.." 
ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa: 
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata:
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata:
"tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata:
"dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata: 
"trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah.. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

"Jika betullah kita sayang dia, tapi kita belum mampu jaga dia, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu."


Kesimpulan dari cerita ni:
Ini baru kasih hamba kepada hamba.. belum kasih Tuhan kepada hambanya..
Kerana kasih Allah adalah luas seluas-luasnya


From : Bercinta Selepas Nikah (http://www.facebook.com/mamatfanpage)

Saturday 20 October 2012

10 Sifat Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

 Guyzz, 
Meh tengok fakta nie.. Betul ke wahai para gadis2 yang manis?

KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?





Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.



* SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

* CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

* HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

* IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

* PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

* PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

* MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

* EGO

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

* CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!



* SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.




Soalan : Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Tulisan : Alzahrin Alias (Berita Harian 05/Feb/2011) 

Friday 19 October 2012

Translation BM to BI


Computer Terminilogy ???


Don’t you think that computer terminology in Bahasa Malaysia is really weird? Lets look below:
Cakera Keras = Hard Disk 
Tetikus = Mouse 
Papan Kunci = Keyboard 
CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) – Isn’t that bit too much to ingat? Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think. IMPs?
Monitor = What’s the term for this? KETUA DARJAH?
Modem = Could it be called “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi?
Motherboard = “Papan Ibu” probably? Maybe the best motherboards can be awarded the “Papan Ibu Mithali” then?
Sound Card = Kad Bunyi?
Sound Blaster = Peletup Bunyi?
Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup?
Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me.
VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA?
Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)?
WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me.
Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me :) ) What about SIMMs and DIMMs and such…?
*laf* wonder what would you call ink jets then :) Pancutan Dakwat???
What about “Plug and Play [tm]“? :) Hmmm..Plug and play….Cucuk dan Main??? Somehow I think not.
Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Damn obscene man!!

Macam2 Hal

Hai guyzz,

Hari ni Cik D saja nk update story beberapa hari yang lalu mengenai panggilan palsu dari salah seorang insan ni. 

Hah masa kejadian berlaku jam 10.00 pg.. Cik D and the geng baru je habis breakfast, dok kusyuk berborak sambil jalan, kami smua hairan napa la ramai sangat orang kat bawah nie, kami ingat ada latihan kecemasan so abaikan aje n jalan melulu. Tapi bila je lalu depan dorang semua, mereka dok larang kami naik ofis, sebabnya, ada terima panggilan dari seorang hamba Allah nie yang menyatakan dia ada meletak kan 5 butir bom dalam bagunan KWSG... wah gempar sihh...

Dalam tang tue la mula terpikir harta2 yang berharga dok p tinggal kat dalam ofis, nak nik depa tak bagi, risau kata kan andai betul2 bom itu wujud. Tak ke naya nanti, lebih bik penting kan nyawa dari pentingkan harta, nyawa xleh nak ganti ok, lau harta tue bila2 boleh di cari, jangan la cari nahas. 

Kes ni berlaku sebab katanya orang tu dok bengang ngan LHDN, hai macam2 kes yang melanda la skunk nie, lau xpuas hati je ugut nak wat tue la nk wat nie la.. Semua orang mesti lah ada kelemahan masing2 kan, so jgn la sampai berdendam and main ugut2, bahaya ok. Hal macam nie, bukan saja melibatkan pihak orang yg mengancam dan di ancam, tetapi orang sekitarnya juga, so guyz when u want to do something, u need to thing what will happen in the future.. Jangan nk main lepas cakap or melakukan tindakan melulu semasa dalam keadaan marah.. Even mcam mana pun bertindak rasional ok.

Kereta yang baru dilepaskan kuar sebab gate dah tutup

Ahli2 JPWP yang sedang berkumpul.. Yang lain xtau mana?

Ketibaan Polis Pengesan Bom

Sempat lagi abg DBKL nie kuarkan saman




Tapi ape pun, masa dok orang riuh and sibuk risau pasal hal ni, (masa yang begitu lama juga nak settlekan kes ni) tapi Cik D and the geng sempat ok pose and taking picture2 yang patut hahaha... (macam x risau jekan sbab xyah wat keje katakan hehehe...) dah nak jam 12 tengahari baru la settle pihak polis pengesan bom membuat pemeriksaan, hampir dua jam juga kami dok membiarkan muka kami yang cun melecun terdedah kesinaran matahari dan menerbitkan cecair peluh yang mengalir di kulit.. 

Tue dia gadis ayu yang baru balik dr breakfast

Awat tue?

Alolo comelnye

Gadis2 JPWP Tkt 18

Orang Paling Gembira xbuat keja

Fuhhh letih tue, tapi ape2 pun Alhamdulillah semuanya selamat, xda kemalangan jiwa yang berlaku. Tapi guys ingat ye jangan terlalu ikut emosi, bak kata pepatah, ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa...

OK Daaaa~~~~~



Thursday 18 October 2012

Motivasi Diri - Rajin Berusaha Kunci Kejayaan

Hai guyz,

Cik D nak share sikit ape yang Cik D sedang pikir as our motivation:



Rajin merupakan sifat semula jadi yang akan wujud dan lahir dalam diri setiap insan.. Sifat ni akan wujud xkira di mana jua kita berada apabila kita memerlukannya.. Apabila seseorang itu rajin melakukan sesuatu maka mereka akan memperoleh sebuah kejayaan yang besar tanpa mereka sedari..

Hah, cakap bab rajin nie... Nak tanya cikit la, korang ni rajin2 x (xkiralah rajin wat ape or tang mana)..
Lau rajin baguslah, jangan malas sangat nanti menyesal, bila kena wat sesuatu perkara jadi xtau sebab kita xrajin or malas melakukannya dahulu..So rajin2 la ringankan tangan dalam membantu dan mempelajari dari orang lain, jangan hidup pentingkan diri ye kawan2.. Lau kita susah suatu hari nanti sape lah yang nk bantu kite kan...



Kerana kerajinan membuat kita sentiasa berusaha untuk berjaya dan maju ke hadapan, tanpa rajin kite akan memperolehi kegagalan dan kecundang. Rajin merupakan kunci kejayaan dalam hidup manusia. Ingat ye guyzz, hidup nie lau malas kita xkan dapat kesenangan hidup.. Kerana untuk memperolehi sesuatu itu kite perlu bersaing dalam merebut apa yang kita ingini... Ini kerana hidup ini merupakan sebuah percaturan, apabila kita mempunyai strategi dan berusaha melaksanakan strategi itu maka kita akan peroleh kejayaan, manakala jika kita tidak menetapkan strategi dan gagal mempunyai matlamat maka kita akan tepelosok jatuh dan kecundang...

Walaubagaimanapun, kegagalan itu bukan bererti kita akan gagal untuk selamanya..Kita harus bangkit dan mempelajari kesilapan yang telah berlaku tidak akan berulang kembali.. Kadang2 kegagalan mengajar kita erti tidak mudah putus asa untuk rajin berusaha mencapai sasaran yang kita ingin kan



Hope u olllss dapat motivasikn diri masing2 untuk sentiasa rajin berusaha untuk menggapai sebuah kejayaan yang cemerlang.. Sentiasa bertawakal, berusaha dan berdoa untuk terus cemerlang dunia dan akhirat....





Tuesday 16 October 2012

Motivasi Diri - Matlamat Hidup


Hai guyzz,
Setiap orang mempunyai matlamat sendiri yang ingin dicapai dalam kehidupan.. Tidak kira sama ada dalam pelajaran, kerjaya, keluarga dan kehidupan harian.. Betul x smua
Setiap tahun especially bila masuk tahun baru, satu perkara yang kita akan buat ialah menetapkan matlamat baru yang ingin dicapai, yang mana matlamat yang belum dicapai akan diteruskan berusaha untuk menggapainya.. 

Tapi adakah anda semua tahu bagaimana cara untuk merialisasikan matlamat tersebut.. Jom kita cuba cara dibawah:
1. Mempunyai Matlamat
Matlamat adalah kunci kepada motivasi diri. Bab pertama buku-buku motivasi pastinya dipenuhi dengan cara menetapkan matlamat diri. Matlamat tidak semestinya sesuatu yang besar, hebat dan jauh untuk dicapai. Ada kalanya, matlamat yang terlalu besar akan menjatuhkan motivasi sekiranya dilihat mustahil untuk dicapai.
Matlamat yang dipecahkan kepada unit yang lebih kecil adalah satu cara memberi motivasi untuk mencapai matlamat besar. Oleh itu, pecahkan matlamat kita kepada sesuatu yang mudah dicapai.
2. Letakkan Desakan
Letakkan desakan atas diri sendiri. Kebanyakan daripada kita memerlukan “a sense of urgency” untuk menolak diri melakukan sesuatu. Ingat kembali ketika zaman belajar, sering kali perkataan “study last minute” menjadi amalan.
Bila menghampiri deadline assignment, masa tu lah kelam kabut untuk menyiapkannya. Memberi desakan kepada sesuatu perkara akan menjana semangat yang luar biasa. Oleh itu, dalam apa sahaja yang ingin kita capai, letakkan desakkan ke atas diri sendiri.
3. Fikirkan Kesengsaraan
Fikirkan kesengsaraan sekiranya kita tidak melakukan sesuatu itu. Manusia melakukan sesuatu dengan sebab mendapat kebahagiaan dan mengelakkan kesengsaraan. Daripada dua sebab itu, mengelakkan kesengsaraan memberi impak emosi yang lebih mendalam oleh kerana memberi ketakutan.
Sering kali kita akan mendapat semangat yang ekstra apabila memikirkan kesengsaraan yang akan terjadi dan kesan emosi pada diri. Sebab ini juga kisah kejayaan sering kita dengar berpunca daripada mereka yang susah dan melalui jalan hidup yang sukar terlebih dahulu.
4. Cari Pencetus Semangat
Apakah pencetus semangat anda? Ia berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain. Mungkin pencetus semangat anda adalah keluarga dan anak-anak. Mungkin juga, pencetus semangat adalah melalui membaca ataupun pencetus semangat adalah melihat alam semula jadi.
Kenali apa pencetus semangat anda – sesuatu yang memberi semangat luar biasa untuk melakukan sesuatu yang juga luar biasa. Apabila anda ketahui apa pencetus semangat anda, maka luangkan banyak masa ke arah pencetus tersebut. Penuhi minda dan juga diri dengan semangat yang dihasilkan.
5. Suara Dalaman
Bercakap dengan diri sendiri. Mungkin tidak perlu sehingga keluar suara tetapi bercakap dalam minda bahawa kita boleh melakukannya, kita pasti mencapainya dan tiada apa yang boleh menghalang kita. Kata-kata positif ini akan menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan.
Sering kali kita mengharap suara orang lain memberi sokongan dan dorongan. Sebenarnya yang lebih penting adalah suara dalaman dan bukan daripada orang lain. Penuhi minda anda dengan kata-kata positif bersuarakan diri sendiri.
6. Upah Diri Sendiri
Selepas bekerja dan berusaha keras serta mendapat pulangan, jangan pula lupa untuk upah diri anda sendiri. Mengupah diri sendiri umpama menghadiahkan sesuatu kepada diri atas hasil kerja yang baik. Semua orang suka hadiah termasuk daripada
diri sendiri.
Memberi hadiah pada diri sendiri bukan sahaja bermaksud barangan material – tidak salah jika ini yang anda mahu. Ia mungkin juga bermaksud mengambil time-off atau berhenti dan berehat daripada kerja untuk kumpulkan dan recharge kembali motivasi supaya sentiasa dalam keadaan yang tip top.

Matlamat yang berkesan akan terjadi apabila seseorang individu menulis matlamat tersebut dalam sebuah buku sama ada diary u ollss or just buku 3 lima.. 9korang tulis la matlamat korang n try capaikan dlam tempoh yang korang tetapkan.. jgn miss ok), menurut kaunselor yang pernah Cik D dengar, matlamat melalui penulisan amat berkesan dan berjaya direalisasikan oleh ramai orang yang ingin berjaya dalam kerjaya mahupun hidup mereka..
So selamat mencuba ~~

Tuesday 2 October 2012

Convo Story Part 3: Convocation Day

Hai Guyzzz,

29 September 2012


Hari yang begitu bermakna dalam hidup ku... 'My Convocation Day', Pada hari tue mmg berdebar2 lah seram sejuk dibuatnye.. pagi2 lagi dah bangun utk bersiap2, pakai lawa2 n make up gitu.. hari bersejarah ok selepas tamat belajar... 

7.20 am

Cik D bertolak ke dewan 2020 dimana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah hidupku hehehehe poyo gila kan.. Orang pattnye kena ready kat sana jam 7.30 pg, tp Cik D suka suki je lambat dtg. Bila sampai sana tau ko terkocoh2 pakai jubah n ambil nombor, sampai barang yang Cik D bawa smuanye bg orang as known as My Friend mom tolong pegangkan... Hai wat malu je suruh orang pegangkan barang ko... Almaklum lah, xda orang yang nk tolong siapkan kite, orang lain ada mak ayah tolong anak2 pakaikan jubah n touch up ape yang patut. Cik D pula, ayah n kakak je ada tp dorang g masuk dewan awal sgt, excited sgt kot.. huhuhu...

Awalkan Ayah Cik D yang berbaju batik hijau tue masuk dewan.

8.20 am

Saat yang di nanti2kan oleh para graduasi smua... Cik D punya School n 2 lagi School Engineering merupakan sidang pertama yang akan terima Ijazah... wah Paling ramai skali graduasi adalah School dr PPIPT (School Cik D tue) iaitu lbih 300 org graduasi, School yang lain xseramai mcam Skool kami ok...

ex-student PPIPT (EE & IB)  
Smua ready ye para graduasi untuk perakan masuk ke dewan.. dah macm ape la kena beratur2 nie...
Lama juga dok dalam dewan, coz kena tgu Raja Muda datang n tengok barisan badan beruniform kat luar dewan.. Hai lambatnye, dah xsabar nie nk ambil segulung ijazah

Perakan masuk ke dalam dewan
Mana tempat aku nie xsampai2 nie


10.00am

Majlis bermula... bla bla bla... Haha debaran semakin terasa giliran untuk menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Keusahawanan kejuruteraan) wah dupdap dupdap, nama di panggil, dengan bangganya berjalan dengan begitu gah skali menghadap Raja Muda Perlis gitu, hai bila dok depan Raja Perlis tu rasa diriku terasa kecik je (sedangkan memang dah kecik molek pun =P). Penatnye nk senyum masa ambil skroll, n then Salam Raja Muda tersasul pula nk ucap Terima kasih, masa raptai marsyel dah pesan suruh sebut 'Menjunjung kasih Tuanku' aigo2 muda2 lagi dah lupa..

Giliran Cik D tue
Dah terima jew ijazah dengan cepatnye ak berjalan untuk turun dari atas pentas, sebb menggigil beb... dah mcm ape la, bukannye nk kena bg speech pun kat atas pentas, just ambil skroll je ok Cik D... Aaahhh sukati la ok... dah tu sampai tersilap pegang folder lagi tue sebab nk cepat sangat, orang patutnya pegang belah kiri, Cik D pula g pegang belah kanan, alamatnye dalam Picture tue xda la nmapk folder Cik D tue.. Tapi ape2 pun, Alhamdulillah akhirnya saya dah berjaya memperolehi segulung Ijazah yang Arwah mama n Ayah idamkan...

1.00pm

Taking2, Hugging2, Posing2 with family using my Sis camera.. pinjam camera orang jela, camera sndr xda katekan ... Dah settle smua urusan di dewan 2020, time untuk pergi photo shoot at Studio pula ye tapi sebelum tue g makan dulu lapor dah sbb xdapat mkn pun masa kat dlam dewan dari pgi xmkn hai sedihnye... Lepas je makan Cik D singgah pula ke Pesta Konvo kat Jlan Syed Ahmad, tengok ape2 yang patut sebelum wat tujuan asal untuk ambil majalah Universiti... Dengan kehangatn matahari yang terpancar indah di atas kepala, bermandian peluh la jugakan berjalan2, kaki pula dah melecet, sempat juga tue beli sepasang selipar... urm macam2 la ko Cik D

1 Big Family
With Big Boss in Family

Pinjam Keta Orang as Background.. Hehehe

Big Brother ok... Haha Macho je ngan rambut Pacak
Beloved Sister (Thumb Up mcm Dr Romzi je)
Budak Kechik yang Manja


Comelkan Orang Sabah nie (with Bibiana)
 


4.00 pm 

Lepas dah settlke kat Pesta Konvo, bermula perjalanan ke destinasi yang berikut iaitu g taking photo shoot at Seriab at YS Photo Studio (xleh blah).. Tapi sadisnya, My Family x join skali sbb diorang kena cepat blik kg tgk Tok Cik D yang tinggal sorang2 je kat umah.. huhuhu, so menumpang aje ngan my friends family jela gamaknye...Setelah mendangar ceramah orang yang jaga kaunter mengenai Package yang ditawarkan Cik D n my friend pilih package A = RM100 (1 Phoo Besar, 3 Photo Kecil, CD, Bingkai Gambar) untuk gambar 1 Family.. Huhu mahalnye package yang ditawarkan (mahal kew?)...

Haahaa... So teman2 21B (EE) lau berjaya nanti jangan lupa Cik D ye.. Semoga Korang Smua berjaya dalam ape jua bidang yang korang ceburi.. bagi yang continue study for Master good luck ok.. I gonna miss u allss...

My Beloved Frenz in UniMAP