Thursday 18 October 2012

Motivasi Diri - Rajin Berusaha Kunci Kejayaan

Hai guyz,

Cik D nak share sikit ape yang Cik D sedang pikir as our motivation:



Rajin merupakan sifat semula jadi yang akan wujud dan lahir dalam diri setiap insan.. Sifat ni akan wujud xkira di mana jua kita berada apabila kita memerlukannya.. Apabila seseorang itu rajin melakukan sesuatu maka mereka akan memperoleh sebuah kejayaan yang besar tanpa mereka sedari..

Hah, cakap bab rajin nie... Nak tanya cikit la, korang ni rajin2 x (xkiralah rajin wat ape or tang mana)..
Lau rajin baguslah, jangan malas sangat nanti menyesal, bila kena wat sesuatu perkara jadi xtau sebab kita xrajin or malas melakukannya dahulu..So rajin2 la ringankan tangan dalam membantu dan mempelajari dari orang lain, jangan hidup pentingkan diri ye kawan2.. Lau kita susah suatu hari nanti sape lah yang nk bantu kite kan...



Kerana kerajinan membuat kita sentiasa berusaha untuk berjaya dan maju ke hadapan, tanpa rajin kite akan memperolehi kegagalan dan kecundang. Rajin merupakan kunci kejayaan dalam hidup manusia. Ingat ye guyzz, hidup nie lau malas kita xkan dapat kesenangan hidup.. Kerana untuk memperolehi sesuatu itu kite perlu bersaing dalam merebut apa yang kita ingini... Ini kerana hidup ini merupakan sebuah percaturan, apabila kita mempunyai strategi dan berusaha melaksanakan strategi itu maka kita akan peroleh kejayaan, manakala jika kita tidak menetapkan strategi dan gagal mempunyai matlamat maka kita akan tepelosok jatuh dan kecundang...

Walaubagaimanapun, kegagalan itu bukan bererti kita akan gagal untuk selamanya..Kita harus bangkit dan mempelajari kesilapan yang telah berlaku tidak akan berulang kembali.. Kadang2 kegagalan mengajar kita erti tidak mudah putus asa untuk rajin berusaha mencapai sasaran yang kita ingin kan



Hope u olllss dapat motivasikn diri masing2 untuk sentiasa rajin berusaha untuk menggapai sebuah kejayaan yang cemerlang.. Sentiasa bertawakal, berusaha dan berdoa untuk terus cemerlang dunia dan akhirat....





No comments:

Post a Comment