by Irara Dira on Tuesday, November 2, 2010
at 11:12pm
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia
masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada
seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah
sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh
kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya
semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah
dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah
memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu
ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang
pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU.
..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang
lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila
dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~
No comments:
Post a Comment