Friday, 19 October 2012

Macam2 Hal

Hai guyzz,

Hari ni Cik D saja nk update story beberapa hari yang lalu mengenai panggilan palsu dari salah seorang insan ni. 

Hah masa kejadian berlaku jam 10.00 pg.. Cik D and the geng baru je habis breakfast, dok kusyuk berborak sambil jalan, kami smua hairan napa la ramai sangat orang kat bawah nie, kami ingat ada latihan kecemasan so abaikan aje n jalan melulu. Tapi bila je lalu depan dorang semua, mereka dok larang kami naik ofis, sebabnya, ada terima panggilan dari seorang hamba Allah nie yang menyatakan dia ada meletak kan 5 butir bom dalam bagunan KWSG... wah gempar sihh...

Dalam tang tue la mula terpikir harta2 yang berharga dok p tinggal kat dalam ofis, nak nik depa tak bagi, risau kata kan andai betul2 bom itu wujud. Tak ke naya nanti, lebih bik penting kan nyawa dari pentingkan harta, nyawa xleh nak ganti ok, lau harta tue bila2 boleh di cari, jangan la cari nahas. 

Kes ni berlaku sebab katanya orang tu dok bengang ngan LHDN, hai macam2 kes yang melanda la skunk nie, lau xpuas hati je ugut nak wat tue la nk wat nie la.. Semua orang mesti lah ada kelemahan masing2 kan, so jgn la sampai berdendam and main ugut2, bahaya ok. Hal macam nie, bukan saja melibatkan pihak orang yg mengancam dan di ancam, tetapi orang sekitarnya juga, so guyz when u want to do something, u need to thing what will happen in the future.. Jangan nk main lepas cakap or melakukan tindakan melulu semasa dalam keadaan marah.. Even mcam mana pun bertindak rasional ok.

Kereta yang baru dilepaskan kuar sebab gate dah tutup

Ahli2 JPWP yang sedang berkumpul.. Yang lain xtau mana?

Ketibaan Polis Pengesan Bom

Sempat lagi abg DBKL nie kuarkan saman




Tapi ape pun, masa dok orang riuh and sibuk risau pasal hal ni, (masa yang begitu lama juga nak settlekan kes ni) tapi Cik D and the geng sempat ok pose and taking picture2 yang patut hahaha... (macam x risau jekan sbab xyah wat keje katakan hehehe...) dah nak jam 12 tengahari baru la settle pihak polis pengesan bom membuat pemeriksaan, hampir dua jam juga kami dok membiarkan muka kami yang cun melecun terdedah kesinaran matahari dan menerbitkan cecair peluh yang mengalir di kulit.. 

Tue dia gadis ayu yang baru balik dr breakfast

Awat tue?

Alolo comelnye

Gadis2 JPWP Tkt 18

Orang Paling Gembira xbuat keja

Fuhhh letih tue, tapi ape2 pun Alhamdulillah semuanya selamat, xda kemalangan jiwa yang berlaku. Tapi guys ingat ye jangan terlalu ikut emosi, bak kata pepatah, ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa...

OK Daaaa~~~~~



No comments:

Post a Comment