Tuesday, 16 October 2012

Motivasi Diri - Matlamat Hidup


Hai guyzz,
Setiap orang mempunyai matlamat sendiri yang ingin dicapai dalam kehidupan.. Tidak kira sama ada dalam pelajaran, kerjaya, keluarga dan kehidupan harian.. Betul x smua
Setiap tahun especially bila masuk tahun baru, satu perkara yang kita akan buat ialah menetapkan matlamat baru yang ingin dicapai, yang mana matlamat yang belum dicapai akan diteruskan berusaha untuk menggapainya.. 

Tapi adakah anda semua tahu bagaimana cara untuk merialisasikan matlamat tersebut.. Jom kita cuba cara dibawah:
1. Mempunyai Matlamat
Matlamat adalah kunci kepada motivasi diri. Bab pertama buku-buku motivasi pastinya dipenuhi dengan cara menetapkan matlamat diri. Matlamat tidak semestinya sesuatu yang besar, hebat dan jauh untuk dicapai. Ada kalanya, matlamat yang terlalu besar akan menjatuhkan motivasi sekiranya dilihat mustahil untuk dicapai.
Matlamat yang dipecahkan kepada unit yang lebih kecil adalah satu cara memberi motivasi untuk mencapai matlamat besar. Oleh itu, pecahkan matlamat kita kepada sesuatu yang mudah dicapai.
2. Letakkan Desakan
Letakkan desakan atas diri sendiri. Kebanyakan daripada kita memerlukan “a sense of urgency” untuk menolak diri melakukan sesuatu. Ingat kembali ketika zaman belajar, sering kali perkataan “study last minute” menjadi amalan.
Bila menghampiri deadline assignment, masa tu lah kelam kabut untuk menyiapkannya. Memberi desakan kepada sesuatu perkara akan menjana semangat yang luar biasa. Oleh itu, dalam apa sahaja yang ingin kita capai, letakkan desakkan ke atas diri sendiri.
3. Fikirkan Kesengsaraan
Fikirkan kesengsaraan sekiranya kita tidak melakukan sesuatu itu. Manusia melakukan sesuatu dengan sebab mendapat kebahagiaan dan mengelakkan kesengsaraan. Daripada dua sebab itu, mengelakkan kesengsaraan memberi impak emosi yang lebih mendalam oleh kerana memberi ketakutan.
Sering kali kita akan mendapat semangat yang ekstra apabila memikirkan kesengsaraan yang akan terjadi dan kesan emosi pada diri. Sebab ini juga kisah kejayaan sering kita dengar berpunca daripada mereka yang susah dan melalui jalan hidup yang sukar terlebih dahulu.
4. Cari Pencetus Semangat
Apakah pencetus semangat anda? Ia berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain. Mungkin pencetus semangat anda adalah keluarga dan anak-anak. Mungkin juga, pencetus semangat adalah melalui membaca ataupun pencetus semangat adalah melihat alam semula jadi.
Kenali apa pencetus semangat anda – sesuatu yang memberi semangat luar biasa untuk melakukan sesuatu yang juga luar biasa. Apabila anda ketahui apa pencetus semangat anda, maka luangkan banyak masa ke arah pencetus tersebut. Penuhi minda dan juga diri dengan semangat yang dihasilkan.
5. Suara Dalaman
Bercakap dengan diri sendiri. Mungkin tidak perlu sehingga keluar suara tetapi bercakap dalam minda bahawa kita boleh melakukannya, kita pasti mencapainya dan tiada apa yang boleh menghalang kita. Kata-kata positif ini akan menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan.
Sering kali kita mengharap suara orang lain memberi sokongan dan dorongan. Sebenarnya yang lebih penting adalah suara dalaman dan bukan daripada orang lain. Penuhi minda anda dengan kata-kata positif bersuarakan diri sendiri.
6. Upah Diri Sendiri
Selepas bekerja dan berusaha keras serta mendapat pulangan, jangan pula lupa untuk upah diri anda sendiri. Mengupah diri sendiri umpama menghadiahkan sesuatu kepada diri atas hasil kerja yang baik. Semua orang suka hadiah termasuk daripada
diri sendiri.
Memberi hadiah pada diri sendiri bukan sahaja bermaksud barangan material – tidak salah jika ini yang anda mahu. Ia mungkin juga bermaksud mengambil time-off atau berhenti dan berehat daripada kerja untuk kumpulkan dan recharge kembali motivasi supaya sentiasa dalam keadaan yang tip top.

Matlamat yang berkesan akan terjadi apabila seseorang individu menulis matlamat tersebut dalam sebuah buku sama ada diary u ollss or just buku 3 lima.. 9korang tulis la matlamat korang n try capaikan dlam tempoh yang korang tetapkan.. jgn miss ok), menurut kaunselor yang pernah Cik D dengar, matlamat melalui penulisan amat berkesan dan berjaya direalisasikan oleh ramai orang yang ingin berjaya dalam kerjaya mahupun hidup mereka..
So selamat mencuba ~~

No comments:

Post a Comment